Thursday 19 April 2012

Kolej Yayasan Felda Kelana Jaya


FELDA PERTINGKAT KECEKAPAN BAHASA INGGERIS ANAK PENEROKAPDFPrintE-mail
LONDON 29 Feb. - Felda bersama ”City and Guilds” telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi menyediakan latihan bahasa Inggeris di kalangan anak-anak peneroka lembaga itu yang telah menamatkan pendidikan menengah.


Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad berkata, langkah itu merupakan sebahagian dari program Yayasan Felda untuk memajukan lagi kolej-kolejnya ke tahap lebih tinggi.

Kerjasama itu akan menyaksikan badan anugerah vokasional yang berpangkalan di UK itu membantu FELDA memaju dan mentauliah program bahasa Inggeris berkualiti setara dengan standard antarabangsa, kata Isa di ibu pejabat City and Guilds di sini semalam.

Isa kemudian menyaksikan majlis menandatangani MoU itu antara CEO Yayasan Felda Dr. Emel Faizal Mohd. Mokhtar dengan Ketua Pembangunan Antarabangsa City and Guilds Mike Dawe. - BERNAMA

Kolej Yayasan Felda Kampus Kelana Jaya





PERKASA BI ANAK PENEROKAPDFPrintE-mail
KELANA JAYA: Lebih ramai anak peneroka Felda akan mahir bertutur bahasa Inggeris (BI) apabila Pusat Bahasa Inggeris Yayasan Felda (FELC) menjalin kerjasama strategik dengan institusi antarabangsa, City & Guilds International English Qualifications (IEQs), berpusat di London.
Kerjasama itu yang bertujuan memperkasa pembelajaran BI di kalangan anak peneroka, memerlukan peserta mengikuti program selama tiga bulan di bawah bimbingan 10 tenaga pengajar tempatan dan antarabangsa terlatih selain mempunyai kelayakan khusus.

Pengerusi Kumpulan Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, berkata sebagai permulaan 192 anak peneroka dipilih rata-ratanya lepasan sekolah dengan mereka perlu mengikuti proses pembelajaran termasuk aktiviti luar kelas sepenuhnya dalam BI. “Sebelum ini Yayasan Felda menawarkan Kursus Insentif BI, tetapi kami hanya memberi sijil tamat latihan kepada peserta. Melalui kerjasama ini, kami sudah menambah baik program, malah sijil dikeluarkan setara dengan apa yang dikeluarkan badan profesional.
“Selepas ini juga, Felda berhasrat untuk mengembangkan program ke kolej Felda lain selain di Pusat Latihan Kelana Jaya ini. Apabila (kumpulan pertama) berjaya kelak, kami akan panjangkan ke Kolej Yayasan Trolak, Mempaga dan Raja Alias,” katanya di sini, semalam.

Beliau terdahulu merasmikan FELC, di sini, yang dihadiri wakil IEQs, Ralph Adams dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Felda, Dr Emel Faisal Datuk Mohd Mokhtar selain Ahli Pemegang Amanah Yayasan Felda.

Sumber: Harian Metro (1 Februari 2012)