Thursday 22 August 2013



LATAR BELAKANG KOLEJ

Pusat Latihan ini telah beroperasi sejak Mei 2002 dan dikenali sebagai  Institut Teknologi Utama Felda (ITU) yang menawarkan Kursus Multimedia Animasi. Sejak itu Institut ini berkembang dan Tiga (3) lagi kursus diletakkan dibawah pentadbirannya iaitu Kursus Asas Penjagaan Kesihatan dan Intensif Bahasa Inggeris dan E-Media. Untuk mempebagaikan lagi aktiviti, khususnya dalam bidang pendidikan pada 17 Jun 2012 Institut ini telah dijenamakan semula menjadi Kolej Yayasan Felda Kampus Kelana Jaya.  Perlancarannya telah disempurnakan oleh Y.B. Tan Sri Hj. Mohd Isa bin Dato Hj. Abdul Samad, Pengerusi Felda  di Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga.

OBJEKTIF

Objektif utama Kolej  adalah bagi memberi peluang kepada warga FELDA dan bukan Warga Felda yang berkelayakan untuk mengikuti program pengajian di peringkat sijil seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi.
 
KURSUS YANG DITAWARKAN
 
  1. Kursus Kemahiran Multimedia Animator-Sijil (Tahap 2 selama 6 bulan)
  2. Kursus Asas Penjagaan Kesihatan - Sijil (6 bulan)
  3. Kursus Intensif Bahasa Inggeris - Sijil/Diploma (3 bulan)
 
SYARAT KEMASUKAN
 
  1. Warganegara Malaysia
  2. Anak/Cucu Peneroka/Anak Kakitangan FELDA
  3. Berumur antara 18 - 25 tahun
  4. Lulus SPM/SPVM
  5. Kelayakan lain yang setaraf boleh dipertimbangkan oleh Yayasan FELDA
  6. Sihat Tubuh Badan
  7. Tiada Rekod Jenayah
  8. Masih Bujang

 
KELEBIHAN LAIN
 
  1. Pelajar  Kursus Kemahiran Multimedia yang tamat kursus akan menerima Sijil Kemahiran Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia.
  2. Pelajar Kursus Intensif Bahasa Inggeris yang tamat kursus akan menerima sijil/Diploma dari City & Guilds London.
  3. Pelajar Kursus Asas Penjagaan Kesihatan yang tamat kursus akan menerima sijil dari Yayasan Felda beserta dengan sijil dari Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM)
  4. Latihan Kemahiran menggunakan Standard Kemahiran Pekerjaan (NOSS) Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (JPK)
  5. Semua pelajar yang mengikuti kursus di Yayasan Felda akan diberikan kemudahan penginapan dan makanan secara percuma.